Panorama SKSJ

Pengumuman

Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT Sekolah KPM 2010

Untuk makluman pihak tuan/puan instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi BTPN, PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak tiga(3) kali seperti berikut;

01. 21 Mac hingga 09 April 2010

02. 20 Jun hingga 09 Julai 2010

03. 19 September hingga 08 Oktober 2010

Surat penyebaran maklumat mengenai perkara di atas adalah seperti berikut dan boleh di muat turun untuk rujukan tuan dan pihak sekolah.

01. SURAT KE JABATAN PELAJARAN NEGERI

02. MEMO UNTUK SEMUA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


03. E-MEL DARIPADA UNIT DATA, SEKTOR DASAR, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIDKAN KPM

Penempatan atau Pertukaran Guru

Dimaklumkan bahawa sebarang masalah berkaitan penempatan atau pertukaran guru bolehlah dihubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di talian berikut: Sekolah Menengah: 03-8884 9370 Sekolah Rendah: 03-8884 9586

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA

Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA telah dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010. Sila layari www.moe.gov.my

Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) Tahun 2011

Lampiran Urusan Kenaikan Pangkat Gred DG44 ke Gred DG48 Secara Time-Based (KUP) bagi Tahun 2011 boleh didapati di http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=1122. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 30 September 2010 (Khamis).

Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) PENDIDIKAN

Sila layari laman DASAR untuk maklumat lanjut berkenaan dengan RMK-10 Bab 5 berkaitan dengan Pendidikan yang bertajuk MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.

KURSUS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 untuk guru-guru prasekolah perluasan 2010 dan guru-guru tercicir (belum menghadiri kursus KSPK) akan dilaksanakan semula pada bulan Ogos nanti.

Sekiranya tuan/puan guru prasekolah yang belum menghadiri kursus KSPK maka boleh memberi maklumat diri kepada En. Mat Shaari Bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Prasekolah di talian 04-7745100/121 atau email shaariprajpn@gmail.com dengan kadar segera.


IKLAN JAWATAN KOSONG


Jawatan : Pembantu Am Pejabat

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Tarikh Tutup: 18 OGOS 2010






Tuesday, September 17, 2013

HARI TUNAS USAHAWAN

Hari Tunas Usahawan SKSJ berjalan dengan lancarnya.Para pengunjung yang ramai dan semestinya hari tersebut sangat meriah dengan gerai-gerai yang menjual bermacam-macam hidangan dan cenderamata.

Cikgu Joriyah,Cikgu Zuraikhan dan Cikgu Fakinah sedang berbincang strategi untuk menarik pelanggan ke gerai minuman ringan


Pakaian-pakaian bundle yang bakal dijual

Zam dan kedai burgernya

Gerai Pakaian Sukan

\
Gerai Istimewa yang menjual Laksa Sarawak dan Serunding Halia

Gerai Bundle pun ada jugak

Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang lumayan 
Hantu-hantu sedang diberi taklimat mengenai "CARA-CARA MENYAKAT"

Satay! Satay! Satay!


Mai Mai Nuget ada,Keropok Lekor ada

Ayam goreng yang menerkam jiwa

Ya adik,adik nak beli pa? 
Topup RM 10 da x kak?

Tu dia..x sangka Cikgu Rodzi ada bakat seni yang terpendam

Haiiiii....mana customer ni???

Kotak Cabutan yang sangat bertuah

Aduh,muka aku masuk pulak...kontrol2

Suasana jual beli

Cikgu Azah sibuk melayan peminat-peminat satay

Laku jugak ayaq-ayaq kami


Comel kan Kak Ton?

Sedang mencari siapa tu?

Guru-guru pelatih pun nak posing gak

Kak Rosni oi,nuget hanguih tu

Kecil-kecil cili padi




Krew-krew karok tengah setting PA sistem

hang buat pa tu?
aku tengah jampi bagi nama aku naik ni..

Rock legend memukau pengunjung

Artis?


Bang li : Cikgu,belanja la saya
PK Koko : Belanja? Check kupon sat

Model-Model SKSJ

Penatnya shopping


Apabila Otai menunjukkan jaringnya

Mana satu Guru Besar ni?

Yeayyyy.Cek dapat hamper besaqqqq

Nestum pun nestum la..janji dapat

Nanti bagi sikit kat cikgu tau..50/50



Penjual Bundle@penjaga flying fox pun dapat gak

Cikgu Robihah pun dapat jugak

Cikgu Lyana : Yessssss...dapat handphone baru 
GB : Ish,jelesmya dia dapat handphone

Balik rumah dengan basikal baru lah gaya nya

Persembahan istimewa dari Artis luar negara

Cikgu Tan bersama penarinya

Sangat-sangat meriah dan banyak telatah-telatah yang ditunjukkan oleh semua pihak.Semoga semua terhibur.

Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman akan mengadakan pemantauan tersebut ke semua sekolah bermula dari bulan Mac hingga ke bulan September 2010. Senarai dokumen yang akan dipantau semasa pemantauan dilakukan disekolah adalah:
1. Fail Induk PKB
2. Fail Pemantauan Rekod Pengajaran & Pembelajaran
3. Fail Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran
4. Fail Pemantauan Semakan Kekerapan Latihan Murid
5. Fail Pemantauan Prestasi Murid
6. Fail Pemantauan Pengurusan Murid
7. Rekod Pengajaran & Pembelajaran semua guru
8. Buku Latihan Murid yang telah dipantau oleh pentadbir sekolah
9. Minit Mesyuarat Guru
10. Minit Mesyuarat semua panitia
11. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
12. Jadual Waktu Induk
13. Takwim Sekolah